Thursday 5 December 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia


Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Y.M.Tengku Zuniza Binti Tengku Yahya Shah. Berasal dari Kuantan, Pahang dan telah dilahirkan pada 23 April 1980 di Kampung Majidee, Johor Bahru, Johor. Dianugerahkan Bachelor Of Science (Honours) Chemistry dari Universiti Putra Malaysia dan  Diploma Pendidikan (Kimia) dari Maktab  Perguruan Ipoh, Perak.  Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 Mac 2003 di Kolej Matrikulasi Pahang. Kemudian meneruskan khidmatnya di Kolej Matrikulasi Johor bermula Mei 2012 sehingga kini dengan gred DG 48. Pesanan untuk pelajar, "STRESSED IS DESSERTS. Spelled backwards"
.

Wednesday 17 July 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia




Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Farhana Binti  Umanan, berasal dari Batu Pahat. Beliau telah dilahirkan pada 25 September 1984 di Batu Pahat, Johor. Dianugerahkan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (K)-Biologi dari Universiti Putra Malaysia. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2008 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 41. Pesanan beliau untuk pelajar, "   ALLAH SWT TELAH MEMBERIKAN SEGALA ALAT UNTUK MENUJU KEJAYAAN, TINGGAL KITA YANG MENGOLAHNYA..."

Friday 12 July 2013

Tahniah!

Tahniah kepada pelajar Kolej Matrikulasi Johor Sesi 2012/2013 yang telah berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti!

Minggu 6

Kita telah pun berada pada minggu ke 6 sesi pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan para pelajar sudah serasi dan "masak" dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang mereka lalui sekarang. Jika "belum panas", cepat cepatlah bertindak. Ujian Pertengahan Semester akan bermula pada 13 Ogos 2013, lebih kurang sebulan daripada hari ini. Sudahkah para pelajar bersedia?.............................

Ramadhan....Bulan Penuh Keberkatan

Assalamualaikum.... Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1434 H. Rebutlah peluang pada bulan yang mulia ini untuk meningkatkan amal ibadat. Sama samalah kita menuju ke arah kebaikan....

Thursday 11 July 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia




 Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan  Sharifah Fadthyan  Binti Syed Baharuddin. Beliau telah dilahirkan pada 17 Januari 1986 di Batu Pahat, Johor. Beliau berasal dari Ulu Yam Bharu, Selangor.
Dianugerahkan Bacelor Sains Dengan Pendidikan (Kepujian)-Kimia dari Universiti Putra Malaysia. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 30 Disember 2009 di Kolej Matrikulasi Johor dengan gred DG 41 . Pesanan beliau untuk pelajar, "Sentiasa memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa dan guru untuk keberkatan ilmu"

Friday 5 July 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah Unit Kimia untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Nur Deena Binti Khalid. Dilahirkan pada 24 Januari 1989 di Batu Pahat, Johor. Beliau berasal dari Kuantan, Pahang . Dianugerahkan BSc Chemistry (Hons) dari University Of Surrey, United Kingdom dan mendapat Diploma In Secondary Education (Science) dari St Mary's University College, United Kingdom. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 13 Februari 2013 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG41. Pesanan untuk pelajar, “It's not the load that breaks you down, it's the way you carry it.” ― Lou Holtz-