Tuesday, 30 April 2013

Hari Terakhir Sesi 2012/2013

Kenderaan yang mula keluar

Makan nasi ambeng, terima kasih kepada yang menyumbangkannya
Sebelum dimakan
Wajah ceria

Modul Satu, Modul Dua, Perakaunan, Semester IV Program Dua Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada hari ini, Selasa  30 April 2013, pelajar-pelajar Modul Satu, Modul Dua, Perakaunan, Semester IV Program Dua Tahun akan menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi yang terakhir di Kolej Matrikulasi Johor. Selamat maju jaya diucapkan daripada kami, warga pensyarah Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor

Monday, 29 April 2013

Modul Tiga Program Satu Tahun

Assalamualaikum...
Pada hari ini Isnin, 29 April 2013, pelajar-pelajar Modul Tiga Program Satu Tahun akan menduduki peperiksaan yang terakhir di Kolej Matrikulasi Johor. Selamat maju jaya daripada kami semua pensyarah Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor! Jumpa lagi dimasa yang akan datang!

Thursday, 25 April 2013

.................



Mana mungkin,
Octane hanyut dalam belaian air,
Tatkala leucine dan valine berpadu,
Hydrogen menyelusuri ethene,
Dibantu Nickel budiman,

Disapa electron dari arenium ion,
Entah bila,
Entah bila electron itu harus berhenti,
Berhenti jua ia,
Tika disapa electrophile,
Biarkan ia berhenti,
Saat ini,
Bromopropane  dijengah hydroxyl,
Mengapa harus aku diuji begini,
Ahh….biarkan…..resam dunia….
Hidup ini memang sentiasa diuji,

Kurasakan,
Hydroxyl itu melambai resah padaku,
Apakah kerana ketone dan aldehyde?
Mungkin takdir,
Carboxyl group mendahului,
Mendahului carbonyl?
Mendahului hydroxyl?

Andai bisa aniline menjadi asid,
Adakah terjangkau oleh akal ?
Yang pasti terima kasih,
Pada Kevlar,
Hadirmu tak disangka………….

Karya asli admin

Peperiksaan Semester Program Matrikulasi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera......
    Pagi ini cuaca mendung, diiringi hujan gerimis. Kami, warga pensyarah Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor mendoakan segala yang terbaik untuk pelajar sempena Peperiksaan Semester Program Matrikulasi. Semoga segala yang dipelajari semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diterjemahkan sebaik mungkin semasa pelajar menghadapi peperiksan. Selamat berjuang!

Wednesday, 24 April 2013

Pemandangan di sekitar Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor

Gunung Ledang yang jelas kelihatan dari Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor pada jam 10.15 pagi 25 April 2013
Perbincangan......
Perbincangan serius seperti nak mengajar dalam kelas tutorial
Pemandangan Gunung Ledang yang dapat dilihat dari Unit Kimia pada jam 4.10 petang 23 April 2013, hujan turun lebat
Selamat Datang ke Unit Kimia

 
Jam Kimia, milik salah seorang pensyarah


Meja pensyarah

Meja pensyarah

Serba sedikit tentang Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor



Unit Kimia Kolej Matrikulasi Johor telah wujud sejak tahun 2002, seiring dengan bermulanya operasi Kolej Matrikulasi Johor. Kini, Unit Kimia  mempunyai pensyarah seramai 43 orang diketuai oleh Encik Nor Irwan Shah Bin Mohamed Noor  dan dibantu oleh Encik Mohd Azham Shah Bin Abdul Aziz selaku Penolong Ketua Unit. Unit Kimia Kolej Matrikulasi Johor berazam memupuk kefahaman kimia melalui pendidikan yang berkualiti dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, berwibawa dan berakhlak mulia. Unit Kimia juga berusaha memastikan pelaksanaan kurikulum kimia mencapai tahap gemilang pada setiap masa melalui pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta pengurusan yang efisien dan mesra.

Senarai Pensyarah Terkini:


Bil.
Nama
1
En. Nor Irwan Shah Bin Mohamed Noor (Ketua Unit)
2
En. Mohd Azham Shah Bin Abdul Aziz (Penolong Ketua Unit)
3
En. Hassim Bin Sehat (Pensyarah Kanan)
4
Pn. Khatijah Binti Ali (Pensyarah Kanan)
5
Cik Salwana Binti Md. Ali (Pensyarah Kanan)
6
Pn. Wan Azuah Binti Wan Mohd Radzi (Pensyarah Kanan)
7
Cik Hamidah Binti Harun (Pensyarah Kanan)
8
Pn. Julianawati Binti Ahmed
9
Pn. Hanani Binti Saat
10
Pn. Nor Irdawaty Binti Alias
11
En. Nor Mazlan Bin Asrar
12
Pn. Zuraidah Binti Ahmad
13
Cik Zanarina Binti Sapiai
14
Pn. Amily Ziana Binti Md. Areff
15
Pn. Fazleen Binti Kamaludin
16
Pn. Nor Faridah Binti Kosnon
17
Pn. Siti Murni Binti Salehan
18
En. Mohd Zaidi Bin Mohamad Zabir
19
Pn. Usha Devi A/P Ramasundram
20
Pn. Asnah Binti Alias
21
Pn. Tengku Zuniza Binti Tengku Yahya Shah
22
Pn. Habibi Binti Ahmad
23
Cik Rohaya Binti Hj. Khamis
24
Cik Norzariah Binti Jusoh
25
Pn. Wan Noraini Binti Wan Omar
26
Cik Khadijah Binti Abdullah
27
En. Jihad Bin Abdul Rahman
28
En. Mohamad Husni Bin Mohd Hajali
29
Pn. Azlina Binti Yusop
30
Pn. Nurul Huda Binti Raja Nordin
31
Cik Farhana Binti Umanan
32
Pn. Zanah Binti Md Hashim
33
Pn. Zatul Iffah Binti Abdul Khalid
34
Pn. Noraishah  Binti Mohamad Sapuan
35
Cik Norolhawa  Binti Abdul Rahman
36
Pn. Sharifah Fadthyah Binti Syed Baharuddin
37
Cik Shua Yee Shion
38
Pn. Suhaibah Binti Mustafa
39
Cik Low Fang Chee
40
En. Zuhaizi Bin Abdullah
41
Pn. Mardiana Binti Mohd Anuar
42
Pn. Nurul Hanani Binti Rusli
43
Pn. Nur Deena Binti Khalid