salam..
Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya, baru-baru ini unit kimia KMJ telah berjaya menganjurkan satu program tahunan yang diberi nama "ChemRace 5" iaitu pada 12 Januari 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu bertempat di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Program ini adalah usaha sama pihak Taman Botanikal dan Jabatan Perhutanan Melaka. Untuk pengetahuan anda, unit kimia KMJ telah mengukir sejarah pada tahun 2013. Ini adalah kerana pada tahun ini pertama kalinya "ChemRace" dijalankan di luar kolej. Sebelum ini program ini hanya dijalankan di peringkat dalaman sahaja (dalam kolej).
Pada mulanya berlaku sedikit masalah kepada pensyarah berkenaan perjalanan program ini. Tetapi setelah diberi taklimat dengan jelas Alhamdulillah pada hari tersebut program dijalankan dengan begitu baik sekali. Seramai 40 peserta telah mengikuti program ini. Peserta-peserta program ini adalah di kalangan pelajar-pelajar kolej Matrikulasi Johor yang terdiri daripada pelajar Pogram Satu Tahun(PST) dan Program Dua Tahun(PDT).

Pihak ketua unit kimia, En Nor Irwan shah mengucapkan tahniah
dan terima kasih kepada pensyarah Program Kecemerlangan (PKP),
pensyarah-pensyarah kimia, para peserta "ChemRace5" dan pihak Taman
Botanikal serta Jabatan Perhutanan Melaka di atas kerjasama yang
diberikan dalam menjayakan program "ChemRace 5". Tidak lupa juga terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Kolej
Matrikulasi Johor terutamanya Tuan pengarah, Ketua Jabatan Sains dan
Tn.Hj Yazid bin Ismail kerana sudi hadir dan menyampaikan hadiah kepada
pemenang-pemenang "ChemRace 5". InsyaAllah diharap program ini dapat
diteruskan pada tahun-tahun akan datang.
logo ChemRace yang Baru
Gambar ChemRace
No comments:
Post a Comment