Friday 31 May 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Nor Irwan Shah Bin Mohamed Noor, Ketua Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor. Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1979 di Butterworth, Pulau Pinang. Berasal dari Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Bioproses dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM dan Diploma Pendidikan KPLI - Pengajian Kimia dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2005 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 44. Pesanan beliau untuk pelajar, "KALAU TERASA SUSAH MENAIKI TANGGA KEJAYAAN, BINALAH SEBUAH ESCALATOR..."
  
  

Thursday 30 May 2013

Sambutan Hari Guru Unit Kimia

Pada 29 Mei 2013 Unit Kimia Kolej Matrikulasi Johor telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat unit di Gunung Ledang Resort. Sambutan dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Unit Kimia, Encik Nor Irwan Shah Bin Mohamed Noor diikuti deklamasi sajak daripada tiga orang pensyarah iaitu Puan Fazleen, Puan Azlina dan Puan Deena. Puan Khatijah turut membuat persembahan bacaan gurindam. Selesai jamuan makan tengahari, diadakan program bertukar-tukar hadiah dikalangan pensyarah sebelum majlis tamat.



:-)

Ketibaan pensyarah yang menaiki bas


Ketibaan pensyarah membawa hadiah masing-masing



                                   

"Ini untuk awak"
                                       



Membelek cenderamata

:-)



Pengacara majlis

Hadiah



Ucapan Ketua Unit Kimia


"Kerjaya guru makin mencabar", mungkin itu yang dibincangkan oleh mereka bertiga

Persembahan deklamasi sajak


Ceria!

:-)

Wajah ceria mengambil makanan

Penuh konsentrasi

Ambil jangan tak ambil

Alhamdulillah




Pensyarah wanita

Pensyarah lelaki "KMJ All Chemistry"




Monday 27 May 2013

Mari Berkenalan dengan Pensyarah Unit Kimia Kolej Matrikulasi Johor

Akan menyusul kemudian.............nantikan.......

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari ini, 27 Mei 2013, Isnin adalah hari yang bersejarah kerana pelajar- pelajar baru akan mendaftar untuk Sesi 2013/2014. Selamat datang diucapkan dan kami warga pensyarah Unit Kimia Kolej Matrikulasi Johor mengalu-alukan kehadiran anda!

Thursday 23 May 2013

Assalamualaiku dan salam sejahtera!
Selamat kembali memulakan tugas bermula 20 Mei 2013. Semoga pada sesi ini semua warga pensyarah Unit Kimia akan bekerja dengan lebih bersemangat.