Friday 31 May 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Nor Irwan Shah Bin Mohamed Noor, Ketua Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor. Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1979 di Butterworth, Pulau Pinang. Berasal dari Telok Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia - Bioproses dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM dan Diploma Pendidikan KPLI - Pengajian Kimia dari Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2005 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 44. Pesanan beliau untuk pelajar, "KALAU TERASA SUSAH MENAIKI TANGGA KEJAYAAN, BINALAH SEBUAH ESCALATOR..."
  
  

3 comments: