Friday 28 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensayarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Mardiana Binti Mohd Anuar. Beliau telah dilahirkan pada 7 Ogos 1986 di Lumut, Perak. Beliau berasal dari Negeri Sembilan. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Kimia) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 30 Disember 2009 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 41. Pesanan beliau untuk pelajar "TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN"

Thursday 27 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia


Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Nurulhuda Binti Raja Nordin. Beliau berasal dari Segamat, Johor. Beliau telah dilahirkan pada 14 Februari 1984 juga di Segamat, Johor. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Dengan  Kepujian (Kimia) dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 November 2007 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 44(M). Pesanan beliau untuk pelajar,“You know you are on the road to success if you would do your job, and not be paid for it.”

Wednesday 26 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Azlina Binti Yusop, berasal dari Mersing, Johor. Beliau dilahirkan pada 6 Mac  1982 di Muar, Johor. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 15 Januari 2007 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 44 (M). Pesanan beliau untuk pelajar, “BIARPUN SERIBU KAPAL TENGGELAM DI TENGAH LAUTAN, NAMUN CITA-CITA MANUSIA TIDAK PERNAH PADAM”- Hamka

Tuesday 25 June 2013

Jerebu

Asssalamualaikum dan salam sejahtera,
Jerebu telah melanda, patuhilah arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Jagalah kesihatan.

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Zatul Iffah Binti Abdul Khalid, berasal dari Perak. Beliau dilahirkan pada 8 Oktober 1980 di Pahang. Dianugerahkan BSc. Sains Industri  (Kimia) dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM dan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Pulau Pinang. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2005 di Kolej Matrikulasi Perak. Kemudian berkhidmat di Kolej Matrikulasi Johor  dari 5 Mei 2008 sehingga kini dengan gred DG 44. Pesanan beliau untuk pelajar, “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

Thursday 20 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia


Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Norzariah Binti Jusoh, dilahirkan pada 26 Januari 1980 di Kuala Terengganu . Berasal dari Terengganu. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan) dari Universiti Malaya, UM dan kemudiaannya mengikuti Kursus Perguruan Lanjutan Ijazah di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Perak. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2006 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan  gred DG44. Pesanan beliau untuk pelajar, “ KEJAYAAN TIDAK DATANG TANPA USAHA YANG GIGIH”.

Wednesday 19 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Khadijah Binti Abdullah, berasal dari Kelantan. Beliau telah dilahirkan pada 23 November 1981 di Melaka. Dianugerahkan BSc.Oleochemistry dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dan Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Pulau Pinang. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2005 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 44. Pesanan beliau untuk pelajar, “...Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah...”

Tuesday 18 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia




Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Jihad bin Abdul Rahman, berasal dari Kajang, Selangor. Beliau dilahirkan pada 19 September 1976 di  Kuala Lumpur. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Dianugerahkan juga Diploma Pendidikan dari Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2006 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 44.Pesanan beliau untuk pelajar," Belajarlah dengan bersungguh-sungguh, ingatlah orang tersayang; anda mampu mengubahnya.

Monday 17 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Mohd Zaidi Bin Mohamad Zabir. Beliau telah dilahirkan pada 29 September 1980 di Sabak Bernam, Selangor, berasal dari Johor. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) Kepujian dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 September 2003 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 48. Pesanan beliau untuk pelajar, "Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah"

Friday 14 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Khatijah Binti Ali. Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan juga di Muar, Johor pada 1 Oktober 1961. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia, USM. Kemudian melanjutkan lagi pelajaran sehingga dianugerahkan Sarjana Pendidikan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 29 Jun 1985 di Sekolah Menengah Kebangsaan  Laksamana Kota Tinggi Johor sehingga Disember 1987. Kemudian meneruskan khidmatnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Selangor bermula pada tahun 1989 sehingga 1992. Tempat beliau bertugas seterusnya adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, Selangor bermula pada tahun 1993 sehingga 1999.Pada tahun 2000, beliau bertugas pula di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sehingga tahun 2005. Kini beliau bertugas di Kolej Matrikulasi Johor bermula pada Disember 2007 dengan gred DG 52 (Pensyarah Cemerlang). Pesanan beliau untuk pelajar, "TEKUN USAHA TANGGA KEJAYAAN"

Thursday 13 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia


Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Usha Devi A/P Ramasundram yang berasal dari Kedah. Beliau telah dilahirkan pada 11 Jun1980 di  Alor Setar, Kedah. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan  (Kepujian)  Biologi/Kimia dari Universiti Malaya, UM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 September 2003 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Megah Ria, Johor Bahru, Johor. Kemudian meneruskan khidmatnya di Sekolah Menengah Kebangsaan  Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor bermula 1 Jun 2005 sehingga 1 Jun 2009. Tempat berkhidmat seterusnya adalah di Kolej Matrikulasi Johor bermula 1 Jun 2009 sehingga kini dengan gred DG 48. Pesanan beliau untuk pelajar, "Excellence is not an act but a habit"

Wednesday 12 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah Unit Kimia untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Nor Faridah Binti Kosnon. Beliau telah dlahirkan di Tapah, Perak pada 26 April 1981. Beliau berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)  dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 September 2003 sehingga kini di Kolej Matrikulasi Johor dengan gred DG 48. Pesanan untuk pelajar, “Kalau anda mahu cemerlang, anda mesti sanggup bertembung dengan banyak halangan. Halangan terbesar adalah MINDA anda sendiri, yang hanya sukakan sesuatu yang selesa dan mudah. “

Tuesday 11 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Fazleen Binti Kamaludin berasal dari Muar, Johor. Dilahirkan pada 17 Januari 1980 di Muar, Johor. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Sains) dari Universiti  Malaysia Sabah, UMS. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 September 2003 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 48. Pesanan untuk pelajar: "TIADA JALAN PINTAS UNTUK BEROLEH KEJAYAAN…NO PAIN NO GAIN…."

Monday 10 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Nor Mazlan Bin Asrar berasal dari Muar, Johor. Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1975 di Air Hitam, Muar, Johor. Dianugerahkan  Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kimia) dari Universiti Malaya, UM dan Diploma Pendidikan (Pengajian Kimia) dari Maktab Perguruan Ipoh, Perak. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 Mac 2003 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan gred DG 48. Pesanan beliau untuk pelajar, "Pola Fikir dan Pola Sikap yang unik akan melahirkan Keperibadian yang unik"

Friday 7 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Hamidah Binti Harun, berasal dari Bertam Malim, Melaka. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1965 di Melaka. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik-Kimia) dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM, Kuala Lumpur. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 Julai 1988 di Pusat Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kemudian berkhidmat pula di Kolej  Matrikulasi Melaka dari 1 Jun 1999 sehingga Mac 2012. Meneruskan khidmat di Kolej Matrikulasi Johor dari Mac 2012 sehingga kini dengan gred DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar, “SALAH SATU KUNCI SYURGA IALAH MURAH HATI. SABAR ITU PAHIT TETAPI BUAHNYA MANIS”

Thursday 6 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Wan Azuah Binti Wan Mohd. Radzi, berasal dari Kelantan. Beliau telah dilahirkan pada 19 Ogos 1966, juga di Kelantan. Dianugerahkan BSc.Chemical And Petroleum Refining Engineering dari Colorado School Of Mines,USA dan  Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya, UM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 September 1993 di Sekolah Menengah Hulu Kelang, Selangor. Kemudian berkhidmat pula di Sekolah Menengah Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka bermula pada Februari  1994 sehingga Disember 1999. Meneruskan khidmatnya di Kolej Matrikulasi Melaka bermula Januari 2000 sehingga Mac 2012 sebelum berkhidmat di Kolej Matrikulasi Johor bermula Mac 2012 sehingga kini dengan gred  DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar,...setiap kali kita memberi alasan, semakin jauh kita daripada kejayaan...”

Wednesday 5 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Salwana Binti  Md. Ali, berasal dari Melaka. Dilahirkan pada 21 Oktober 1966, juga di Melaka. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Dengan Kepujian) Kimia dari  Universiti Kebangsaan  Malaysia, UKM. Beliau Dianugerahkan juga Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 2 Mei 1991 di  Sekolah  Menengah Kebangsaan  Lubok  China,  Melaka. Kemudian meneruskan khidmatnya di  Kolej Matrikulasi  Melaka dari Mei 1999 sehingga Mac 2012. Tempat beliau bertugas seterusnya adalah di Kolej Matrikulasi  Johor bermula Mac 2012 sehingga kini dengan gred  DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar, “...yang bulat tak datang bergolek...yang pipih tak datang melayang...berusahalah bersungguh-sungguh untuk kejayaan cemerlang...SMA”

Tuesday 4 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Hassim Bin Sehat. Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan juga di Muar, Johor pada 6 Januari 1959. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Beliau telah mula bertugas sebagai penjawat awam pada 5 Januari 1986 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Kulaijaya, Johor sehingga 30 November 2002. Kemudian meneruskan khidmatnya di Kolej Matrikulasi Johor bermula 1 Disember 2002 sehingga kini dengan gred DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar, " Peliharalah hubungan baik dengan Allah, peliharalah hubungan baik dengan manusia, ingat! Sentiasa berbuat baik kepada ibu dan bapa....sementara masih ada LIMA KESEMPATAN
I Sihat sebelum sakit
II Masa lapang sebelum sempit
III Kaya sebelum miskin
IV Usia muda sebelum tua
V Hidup sebelum mati "

Monday 3 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Mohd Azham Shah Bin Abdul Aziz, Penolong Ketua Unit Kimia, Kolej Matrikulasi Johor. Beliau berasal dari Sungai Petani,  Kedah, dilahirkan pada16 Mac 1980 di Kota Kinabalu, Sabah. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris,UPSI. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 15 Januari 2007 sehingga kini di Kolej Matrikulasi Johor dengan gred DG 44(M). Pesanan beliau untuk pelajar, "Jadilah insan yang soleh/solehah, lakukan semua perkara kerana Allah dan niatkan perkara tersebut sebagai ibadah. Anda pasti cemerlang di dunia dan di akhirat"