Friday 14 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Khatijah Binti Ali. Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan juga di Muar, Johor pada 1 Oktober 1961. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia, USM. Kemudian melanjutkan lagi pelajaran sehingga dianugerahkan Sarjana Pendidikan Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 29 Jun 1985 di Sekolah Menengah Kebangsaan  Laksamana Kota Tinggi Johor sehingga Disember 1987. Kemudian meneruskan khidmatnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil, Selangor bermula pada tahun 1989 sehingga 1992. Tempat beliau bertugas seterusnya adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, Selangor bermula pada tahun 1993 sehingga 1999.Pada tahun 2000, beliau bertugas pula di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sehingga tahun 2005. Kini beliau bertugas di Kolej Matrikulasi Johor bermula pada Disember 2007 dengan gred DG 52 (Pensyarah Cemerlang). Pesanan beliau untuk pelajar, "TEKUN USAHA TANGGA KEJAYAAN"

No comments:

Post a Comment