Thursday 20 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia


Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Norzariah Binti Jusoh, dilahirkan pada 26 Januari 1980 di Kuala Terengganu . Berasal dari Terengganu. Beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan) dari Universiti Malaya, UM dan kemudiaannya mengikuti Kursus Perguruan Lanjutan Ijazah di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Perak. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 3 Januari 2006 di Kolej Matrikulasi Johor sehingga kini dengan  gred DG44. Pesanan beliau untuk pelajar, “ KEJAYAAN TIDAK DATANG TANPA USAHA YANG GIGIH”.

No comments:

Post a Comment