Wednesday 5 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Salwana Binti  Md. Ali, berasal dari Melaka. Dilahirkan pada 21 Oktober 1966, juga di Melaka. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Dengan Kepujian) Kimia dari  Universiti Kebangsaan  Malaysia, UKM. Beliau Dianugerahkan juga Diploma Pendidikan dari universiti yang sama. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 2 Mei 1991 di  Sekolah  Menengah Kebangsaan  Lubok  China,  Melaka. Kemudian meneruskan khidmatnya di  Kolej Matrikulasi  Melaka dari Mei 1999 sehingga Mac 2012. Tempat beliau bertugas seterusnya adalah di Kolej Matrikulasi  Johor bermula Mac 2012 sehingga kini dengan gred  DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar, “...yang bulat tak datang bergolek...yang pipih tak datang melayang...berusahalah bersungguh-sungguh untuk kejayaan cemerlang...SMA”

No comments:

Post a Comment