Friday 7 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Cik Hamidah Binti Harun, berasal dari Bertam Malim, Melaka. Beliau dilahirkan pada 13 Januari 1965 di Melaka. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik-Kimia) dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM, Kuala Lumpur. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 Julai 1988 di Pusat Matrikulasi Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kemudian berkhidmat pula di Kolej  Matrikulasi Melaka dari 1 Jun 1999 sehingga Mac 2012. Meneruskan khidmat di Kolej Matrikulasi Johor dari Mac 2012 sehingga kini dengan gred DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar, “SALAH SATU KUNCI SYURGA IALAH MURAH HATI. SABAR ITU PAHIT TETAPI BUAHNYA MANIS”

No comments:

Post a Comment