Thursday 6 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Wan Azuah Binti Wan Mohd. Radzi, berasal dari Kelantan. Beliau telah dilahirkan pada 19 Ogos 1966, juga di Kelantan. Dianugerahkan BSc.Chemical And Petroleum Refining Engineering dari Colorado School Of Mines,USA dan  Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya, UM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 1 September 1993 di Sekolah Menengah Hulu Kelang, Selangor. Kemudian berkhidmat pula di Sekolah Menengah Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka bermula pada Februari  1994 sehingga Disember 1999. Meneruskan khidmatnya di Kolej Matrikulasi Melaka bermula Januari 2000 sehingga Mac 2012 sebelum berkhidmat di Kolej Matrikulasi Johor bermula Mac 2012 sehingga kini dengan gred  DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar,...setiap kali kita memberi alasan, semakin jauh kita daripada kejayaan...”

No comments:

Post a Comment