Wednesday 12 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia



Pensyarah Unit Kimia untuk dikenali pada hari ini ialah Puan Nor Faridah Binti Kosnon. Beliau telah dlahirkan di Tapah, Perak pada 26 April 1981. Beliau berasal dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)  dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 16 September 2003 sehingga kini di Kolej Matrikulasi Johor dengan gred DG 48. Pesanan untuk pelajar, “Kalau anda mahu cemerlang, anda mesti sanggup bertembung dengan banyak halangan. Halangan terbesar adalah MINDA anda sendiri, yang hanya sukakan sesuatu yang selesa dan mudah. “

No comments:

Post a Comment