Tuesday 4 June 2013

Mari Berkenalan Dengan Pensyarah Unit Kimia

Pensyarah untuk dikenali pada hari ini ialah Encik Hassim Bin Sehat. Beliau berasal dari Muar, Johor dan dilahirkan juga di Muar, Johor pada 6 Januari 1959. Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia, UTM. Beliau telah mula bertugas sebagai penjawat awam pada 5 Januari 1986 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Kulaijaya, Johor sehingga 30 November 2002. Kemudian meneruskan khidmatnya di Kolej Matrikulasi Johor bermula 1 Disember 2002 sehingga kini dengan gred DG 52. Pesanan beliau untuk pelajar, " Peliharalah hubungan baik dengan Allah, peliharalah hubungan baik dengan manusia, ingat! Sentiasa berbuat baik kepada ibu dan bapa....sementara masih ada LIMA KESEMPATAN
I Sihat sebelum sakit
II Masa lapang sebelum sempit
III Kaya sebelum miskin
IV Usia muda sebelum tua
V Hidup sebelum mati "

No comments:

Post a Comment